Tuesday, August 30, 2011

di Hari Raya,terkenang daku kepada si dia,lalalaalala..hahaha,dramadrama..

Assalamualaikum semua,
petangpetang raya macam ni baru sempat bukak laptop,dah takde kerja lain dah nak buatla maknanya,hehehe..
tadi melantak makanan bukan main..habis la naik berat badan aku lepas ni tapii kesah gak aku,hahah..dah la tak tahu nak cakap apa..nak sambung makan,hehe

SELAMAT HARI RAYA

makanan wajib time raya

Friday, August 26, 2011

Kahwin :D

Assalamualaikum,

hai semua,apa habaq? sempena syawal yang bakal tiba ni aku nak mintak maaf sesangat kalau mulut aku ni terBIADAP kat blog vip ni..kalau ada yang terasa or tersentap ke dengan penulisan aku,aku mintak maaf bebanyak dari hujung rambut sampai hujung kaki..selamat hari raya!

haha,tajuk post ni macam gedik je kan,haha,takde lah..hari ni aku nak cakap pasal perkahwinan orang melayu.. yes! i'm 14 and i'm going to talk bout wedding and marriage,MUAHAHA..

1st sekalikan aku nak cakap pasal hantaran..aku pelik betul kenapa family perempuan selalu mintak hantaran yang tinggitinggi? kadangkadang sampai RMlapanratusribulapanpuluhlapanringgitlapanpuluhlapansen! bapak la..bagus sangat la sampai nak mintak banyakbanyak camtu..anak anda hot sangat la? patut la sekarang ramai anakanakdara yang dah tak berapa nak dara,pakwe dorang mintak secara halal,anda mintak banyak dorang buat la secara haram,free of charge! ya ALLAH janganla aku tergolong dalam ni..bapak aku senang je, "anakanak ayah senang je,takyah mahalmahal,kalau lelaki tu hafal surah al-Baqarah,ayah approve,settle"..
lagi satu,nanti suami tu yang tanggung dosa anakanak anda,sepatutnya anda berterima kasih bukan nya mintak dia bayaran.."i invest in my marriage,not in my wedding"dipetik dari fb TheOtherKhairul
its not about the money

then,pasal majlis persandingan tu pulak..ya ALLAH punyalah grand,kalah siti nurhalija..kalau boleh 3hari 3malam nak buat wedding..pastu trend sekarang mesti ada satu time tu bride tu tukartukar baju..1malaysia la kononnya..sekejap ceongsam,pastu sari,after kimono and macammcam lagi..kalau benda tu menutup aurat takpelah jugak,ni terbelah sana,terbelah sini..bukan suami yang usha,orang lain yang usha Astaghfirullahalazim. nak yang lagi teruk,ada yang pakai sleeveless gown,terbelah sampai atas..bajet minah saleh la..si suami tu pun senyap je bini pakai camtu..ada sekali tu aku tengok satu wedding ni,aku rasa cam suka sangat..bride dia pakai baju jubah kahwin,warna oren,tudung labuh..cantik je aku tengok,takde nampak sikit pun lekuklekuk body dia..makeup pon biasabiasa je..so kesimpulannya takyah la over sangat bila makeup,buruk tahu..
cantik tak i? hahaha

last sekali aku nak cakap pasal benda paling aku benci sekali bila pergi wedding..KARAOKAE..argghh tertekan aku kalau pergi wedding yang menyediakan khidmat memanggil hujan ni..kalau la suara anda sedap macam David Archuleta ke,K.Will ke,takpe la jugak..ni idak,suara macam,entahlah,aku pun tak tahu nak cakap macam mana,kang terLANCANG pulak..sampai kadangkadang ada pakcikpakcik yang dah bertongkat pun ikut sekali join..Aiyoyo pakcik,rumah kata pi,kubur kata mai..insafinsaf la..

money cant buy you happiness okayy..kalau anda kata "dia satusatunya anak aku,aku nak wedding ni jadi hari yang paling bahagia dalam hidup dia",takyah la wahai anda..kita semua tahu ALLAH tak suka orang yang  riak dan suka membazir..kita tak tahu,mungkin ALLAH tak redha dengan perkahwinan kerana terlalu membazir dan menunjuknunjuk..Perkahwinan itu satu ibadah so kita buat yang wajib dalam islam je la..bersanding semua tu adat je,kalau nak buat jugak,boleh tapi jangan sampai berlebihan dan riak..cuba lakukannya dengan penuh bersederhana dan tak melanggar syarak,inshaALLAH setiap hari,sepanjang perkahwinan anakanak anda akan jadi harihari yang paling bahagia sepanjang hayat dorang..inshaALLAH..

semua ni dikarang oleh saya yang berusia 14 tahun,otak ribena...so kalau ada terkasar,tersalah or apaapa je harap dimaafkan dan ditegur..kita sesama manusia perlu lah saling menegur kan? Annyeong! =D

dugaan

Assalamualaikum readers,

Ya Allah dugaan hari ni agak mencabar..sekarang dah nak dekat pukul 10 malam tapi aku baru berbuka dengan air je dari tadi..sabarsabar

cite nya ingat ada orang nak belanja makan kat luar..mulamula si pembelanja kata dia lambat sikit 'okay,takpe dia lambat sikit je tu'..aku pun menunggu dengan penuh kesabaran lagi..tibatiba handphone bunyi *si pembelanja call.* sorry,tak jadi..ALLAHUAKBAR..dugaandugaan..sekang ni tengah tunggu pizza mama order..wahai pakcik pizza,mohon jasa baik,tolon la cepat sikit,da lapar ni..

food,food,i need food!

Thursday, August 25, 2011

Assalamualaikum,
tadi ada ada majlis penutup Ihya' Ramadhan kat dewan..Teacher Fiza Saidin jadi MC =D..sibuk gak la tadi,sampai berlarilari kat tepi dewan tu..

pastu bila waktu balik,masuk kereta terus tidur jap..tak tahu la kenapa rasa penat sangatsangat..sampai rumah pon sambung tidur balik,bangun,solat zohor and then mandi..baru la rasa segar sikit..then,bila mama balik kena marah la pulak..tah macam mana aku boleh salah dengar arahan masa dalam kereta tadi,habis kena marah..sedih tau..then,adik aku pulak,aku tanya dia dengan lemahlembut bercampur senyuman yang habis menawan,dia jawab balik menengkin aku..ya ALLAH time tu aku rasa macam nak campak semua benda..kesabaran aku dah tahap maximum dah.

*kepenatan

.lepas tu aku amik wudhu',solat asar..masa time berdoa tu aku dah tak tahan..rasa tertekan sangat bila fikir pagi kena perli ngan cikgu sebab tak bawak buku,tengah hari tugas kat dewan,pastu rasa macam  dah kecewakan aina,petang kena marah ngan mama pastu adik aku cari gadoh..air mata aku mengalir time tu jugak..bila dah  nangis + doa tu baru rasa lega sikit..

pastu baru aku start fikir,'kenapa aku tak leh tahan semua ni? aina dengan irdina tadi lagi sibuk,kau setakat kena marah,tu pun nak nangis..'sekang baru aku tahu,aku bukannya tough sangat macam bebudak kelas aku cakap..aku CENGENG,bila ada problem mesti nangis..aina berkalikali ganda lagi tough dari aku..bukan setakat mental je,fizikal lagi la..dia boleh bumping lebih 10 kali,gempak!so,betul la kaunseling yang aku buat hari tu..aku ni orang biru,aku suka main dengan emosi,air mata aku tu senang nak jatuh..hehe,caye tak? kak long 2 bestari kuat nangis,hehe..
i love to shed tears

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan + Syawal

Assalamualaikum,
tadi tengahtengah berFB,tibatiba aku terfikir,sekejap je masa berlalu..sekarang ni dah masuk ramadhan yang ke-21,tinggal lagi 9 hari..kita sebagai umat islam perlu bersedih ke bergembira?

pada bulan Ramadhan,suasana di dalam kubur tenang..mayatmayat tidak diseksa selama sebulan..ini merupakan satu nikmat bagi mereka..but bagi orang kita? ramadhan ni bulan yang sangat menyeksakan,takleh makan,takleh minum,kena kawal nafsu,tarawikh n macammacam lagi..sampaikan hari tu Ustaz cerita dia terdengar ada seorang pakcik tua ni cakap 'alamak,esok dah start puasa,dah masuk bulan Ramadhan haram jadah..Astaghfirullahalazim..sebab tu bila hari raya,kita bergembira mayat menangis...operasi penyeksaan bermula semula,sebab tu kita jangan gembira sangat hari raya,fikir orang yang dah takde..

haritu ada beli majalah SOLUSI,tajuk dia 'ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR,LAYAKKAH KITA UNTUK BERAYA?' cuba kalau kita tahu yang kita akan mati pada tahun ni,and kita takkan jumpa lagi Ramadhan tahun depan,aku jamin kita takkan berani nak beraya,so korang semua cuba stop sekejap fikir pasal raya,fikirkan berapa banyak amal ibadah yang kita dah buat sepanjang Ramadhan? cukup ke untuk tampung segala dosa yang kita buat sepanjang kita hidup? sekarang ni dah masuk sepuluh malam terakhir..samasama la rebut peluang untuk beribadah kepada ALLAH tanpa gangguan sesiapa pada waktu malam,samasama la kita mencari malam LAILATUL QADAR yang pahala nya lebih daripada beribadah selama 1000 bulan..

dalam bulan Ramadhan ni jugak ada dua orang kawan aku yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci.. LUCKY kan? agaknya aku bila la nak gi sana? teringin gila..okayla,aku harap post aku kali ni dpat bagi manfaat untuk korang yang membaca..banyak la kumpul pahala dalam bulan mulia ni..semoga readers blog aku ni menjadi salah seorang hamba ALLAH yang berpeluang bertemu dengan malam LAILATUL QADAR..last but not least,Happy Eid Mubaraq to all muslims..



mari lah kita saling bermaafan di bulan syawal yang bakal tiba..sekiranya ada yang berasa tidak puas hati dengan aku,cakap je,inshaALLAH aku akan terima and aku nak minta maaf sangatsangat kalau ada salah dan silap,tersakitkan hati korang ke,aku minta maaf sesangat

Monday, August 15, 2011

Perhimpunan

Assalamualaikum,
dah lama aku tak update blog kan,rindu lak aku kat blog vip ni..hari ni aku nak cakap pasal perhimpunan pagi tadi la..*nampak sangat dah takde benda lain nak cakap,haha

pada suatu pagi yang indah,chewah wat drama la pulak,pagi tadi perhimpunan kat dewan so,kitorang2 yg baju biru ni turun la dulu utk kemas2 dewan.ngek,masukmasuk je ada banyak meja yg kitorang kena alih..time tu boleh lagi cakap sesorang,lek2 sikit je ni,kontrol sikit kemachoan kau tu.tapi bila angkat je,perrggh gila berat meja tu. tah berapa kilo tah meja tu..yg aku pelik kerja angkat-angkat meja ni ramai pengawas perempuan yg buat.. lelaki sikit je,yg lain mana? pupus? sabarsabar pahala pagipagi isnin bulan ramadan kau dapat ain,berlipat kali ganda uh..

lepas habis kemaskemas tu,budakbudak pon masuk..pastu mula la memekak kat dalam dewan MUTIARA BESTARI tu..berapa kali kena tegur dorang buat dont know je,sabor je la...da la mike tak berfungsi time tu. n then secara tibatiba sorang abang ni menjerit kat atas pentas suruh diam..mula2 ada gak yg still bercakap kat belakang,kena jerit lagi sekali baru senyap 1dewan. dengan cikgucikgu sekali berhenti bercakap,hehe..beruk terkejut aku dengar abang ni jerit,yelah tak penahpenah dia buat camtu..selalu dia la paling sabar dalam kitorang yang biru ni..bengang kot,org tak dengar cakap..soo,kitorang yang birubiru ni pergi lah kat tengah nak suruh pelajar diam..abang tu cakap biru perempuan senang jaga girls,dengar cakap.. banyak betul,tertekan aku jaga diorang..

pastu bila semua dah bertendang bertenang,perhimpunan pon start..tadi cam takde pape sangat..just ada penyampaian hadiah untuk minggu bahasa,macam biasalah aku tak menang pape pon.dah habis perhimpunan tu ada pulak perjumpaan pengawas..kitorang pon konvoi laa gi belakang dewan.

mulamula abang A cakap pasal iftar esok,biasalah,pasal pakaianbayaranpenginapan and lainlain. pastu abang jerit tadi pulak,dia tegur pasal perhimpunan tadi la. dia cakap pengawas tak tegas,pengawas macam takde function duduk kat tengah,memang ar smart tapi takde guna...ok la bang,lepas ni kitorang tugas betulbetul..

Pastu turn cikgu pulak tegur kitorang..mulamula cikgu suruh kitorang tugas betulbetul semua tu la..pastu tibatiba cikgu masuk mood gila serious,cikgu cakap 'dalam bulan ramadhan yg mulia ni,saya mintak,bukan, saya nak korang clash la dgn pakwe/makwe korang..sakit hati bila dengar ada pengawas yg pakai baju biru ni        bercinta,maybe saya tak tahu tapi cikgucikgu lain tahu,ALLAH tahu..nak buat apa korang kapel ni? tak dapat pape pon..awak tahu tak yg kapel tu sama dgn mendekati zina?patutla result exam pengawas rendah..pelajaran awak disekat oleh maksiat..saya dah tak nak dengar dah yg baju biru ni bercinta,berkapel.. Celaka la korang yg still tak clash lepas saya tegur ni' lebih kurang camtu la cikgu cakap..kitorang semua da macam 'whoa! celaka?'..

balik tu aku tanya la ayah kapel tu haram ke? ayah cakap TAK! kalau tak cakap/buat bendabenda mengarut. habis kalau cakap i love u,u love me tu mengarut ke? hah tu mengarut la tu..aku tanya balik, ada ke orang tengah bercintan ni tak cakap bendabenda tu? ayah aku senyumsenyum je..pastu baru la aku faham macam mana kapel tu boleh jadi HARAM..thanks ayah..

p/s: esok ada iftar,kena pakai baju kurung..skang baru aku tepikir aku nak pakai kasut apa?aku mana ada kasut pompuan,selama ni aku pakai sneaker je tahu tak..