Friday, December 21, 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

semakin hari, semakin malas nak bukak blog...ye la, mula2 bukak fb, then bukak  twitter then nak bukak blog dah malas..haha, selebriti mmg camni #akumerepek

hmm, nak ckp terima kasih banyakbanyakbanyakbanyakbanyak kali seratus ribu pada anda anda dan anda yang mendoakan kejayaan cek dalam PMR..Alhamdulillah, dapat apa yang aku tak expect, A lurussss, hehehe, straight A's, Alhamdulillah..and to my fellow Bestarians, thank u verrrrrrrrrrrrrrryyyyyyyyyyyyyyyyy much for being the awsomest brothers and sisters, yang selalu ada bagi pertolongan especially dlm pelajaran..aku takkan berjaya tanpa korg :)

haha, lawak gila masa hari result tu,,pagi2 tu bangun gosok baju  then berazam taknak nangis hari tu, hahaha kununnyee..baru masuk dewan dah sebak, haha..then dgr pulak cikgu kata straight A's 24 orang jaaaaaaa..air mata bergenang..then cikgu sebut sorang2 nama budak  straight A's..10 org kemudian, nama aku takde lg, then bila cikgu panggil nama  Farah aku dah start nangis..nama aku takde ke??? haha, tiba2 cikgu sebut nama aku, Alhamdulillah..turun pentas, peluk afiah..baru nak nangis then adik dia yang alaala Bradley James tu pandang, terus kontrol  macho, haha..

happy hari tu sbb boleh jumpa kawan2..Nadzrin and Imran sudah mula nampak kemanlyan mereka,haha..Nuqman semakin kurus, mesti hensem nanti hahaha..and abang Shafiq hensem, mcm Salman Khan, hahaha..and aku sesangattttttttttttttt happy bila dapat tahu kelas kitorang, 3 BESTARI, yg selalu kena marah ngan cikgu, yang hari tu kena brainwash paling lama dari kelas2 lain *3jam*, kelas yg dikatakan tak serius menjadi kelas paling ramai straight A's..ya ALLAH, happy sangatttttt

ALHAMDULILLAH :)

Harap2 tahun depan 3 Bestari will still be friends, eventhough ramai yang nak pindah kann..hope our friendship will last till Jannah..jaga batas pergaulan sesama kita and Allah will protect our friendship..

INSHA-ALLAH :)

THE MEMORY LANE
 girls of 1 AMANAH


few boys of 1 AMANAH

The making of video sukan :)

Bestarians <3

May our friendship last forever :) muka lepas kena  brainwash semua, hahah

.. I LOVE YOU ..

Sunday, December 16, 2012

Best Day Ever :D

Assalamualaikum!  Pekabor ? hehehehe..lama tak nge-update belog, dah berhabuk dah..kena vaccum dulu ni..#fine, aku merepek..

Awakawakawakawakawakawak, nak tau tak? semalam en,en,en kita kan gi jalanjalan..hehehe, with the most awsomest cousins ever! and 1st time naik monorel semalam, sumpah excited gila, hahahha..oh lupa nak ckp, kitorang gi Berjaya Times Square Theme Park yang tahpape tapi boleh jd apa2 bila gi ngan the bestest cousins in the whole wide world! #merepek lg, sorry..

#peace, y'all
from left : Aqim, Rasyid, Acik, Luqman, Dikyah, Jan, Asma
sitting : me and wen

Kitorang comel, kau? hahaha
#first time aku tgk mata mustaqim bulat camtu,hahaha

jealoustak jealoustak? kalau tak, korang ada masalah mental yg teruk.... hahaha, takdela..nak tau tak aku sangat2 suka bila kumpul ngan sepupu ramai2 camni..bukan setakat dapat merapatkan ukhuwwah tetapi juga membantu aku mengenali sepupuku dgn lbh dekat..#ecececeh, ayat tak menahan

betol la, sebelum ni kan aku LANGSUNG tak pernah borak dgn Aqim..kitorang mcm stranger wlaupun dia ada sesuatu dgn org yg aku saaaaaaangat kenal, hehehhe...tapi kan bila dia dok KL ada la gak aku borak ngan dia and bg aku dia ni sangat interesting, mcm experiment..bila tgk luaran mcm mystery gila la kan, pendiam, muka pon cool tak senyum, jalan sorang2..hahah, bila kenal perangai, sangat la comel..hahaha, banyak pakai body language budak ni, sumpah lawak..mahal sangat suara tu..haha, paling tak boleh bla bila dia senyum la..bila buat muka biasa, mcm macho gila la,hahha..tapi bila senyum, hilang segala macho..mata yg kuyu jd semakin sepet and gigi rabbit 2 kat depan, hahahha, cute gila...

 
hahaha, ni la senyuman yg aku maksudkan
#Aqim n Luqman, both taken, sorry.hahaha

 
ni masa gi tgk cite Hobbit #jumpa Nuqman dlm panggung :D

Hmmm, rasanye ni je la kot yg aku sempat tulis..kalau nak tulis pasal pengalaman lepak2 ngan dorg sepanjang dorg kat KL ni, takut korang lak tak larat, hahaha...till next time :)

Saturday, December 8, 2012

The Pianist

Assalamualaikum awak2 sume...rindu nye blog, tpi tu la, setiap kali on blog time tu jugak la idea aku nak main sorok2 ngan aku, gedik je idea ni..

Korang2, kenal tak Yiruma? Dia ni pianist from South Korea, tapi nama mcm japanese, terkonfius aku dulu..aku start kenal dia bila aku tengok Strong Heart..mula2 MC panggil dia Yiruma, aku fikir hebatnye org Jepun ckp korea...n then si Yiruma ni citer la yg dia sebenarnya org Korea, bapak dia yg letak nama Yiruma tu, org selallu konfius dia org jepun blablabla semua tu..

And MC tu puji dia melambung2 kata dia pianist yg memang gila hebat..aku pun try la bukak kat YouTube and guess what? dia memang hebat siott...berjuta orang tgk video lagu dia..susunan lagu dia pulak teramat sangat la indah..aku sampai nak nangis dengar Kiss The Rain..lagu dia memang boleh buat aku terjiwang sekejap :)

http://sorina1923.blogspot.com/2009/04/yiruma.html

lepas dah dengar byk lagu Yiruma ni, mula la aku berangan nak amik kelas piano n then main lagu dia..serious, aku dari dulu lagi nak masuk kelas piano, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..sampai sekarang tak masuk2.. dengar je la yang aku mampu buat, haishh...#mengeluh je aku nii, tak bagus sunggoh

Tuesday, November 27, 2012

A Little Too Not Over You

Oohhhh oh, oh..

It never crossed my mind at all.
It's what I tell myself.
What we had has come and gone.
You're better off with someone else.
It's for the best, I know it is.
But I see you.
Sometimes I try to hide
What I feel inside,
And I turn around.
You're with him now.
I just can't figure it out.

Tell me why you're so hard to forget.
Don't remind me, I'm not over it.
Tell me why I can't seem to face the truth.
I'm just a little too not over you.
Not over you....

Memories, supposed to fade.
What's wrong with my heart?
Shake it off, let it go.
Didn't think it'd be this hard.

Should be strong, movin' on.
But I see you.
Sometimes I try to hide
What I feel inside.
And I turn around,
You're with him now.
I just can't figure it out.

Tell me why you're so hard to forget.
Don't remind me, I'm not over it.
Tell me why I can't seem to face the truth.
I'm just a little too not over you.

Maybe I regret everything I said,
No way to take it all back, yeah...
Now I'm on my own..
How I let you go, I'll never understand.
I'll never understand, yeah, oohh..
Oohhh, oohhh, oohhhh..
Oohhh, ooohhhh, oohhh.

Tell me why you're so hard to forget.
Don't remind me, I'm not over it.
Tell me why I can't seem to face the truth.
I'm just a little too not over you.

Tell me why you're so hard to forget.
Don't remind me, I'm not over it.
Tell me why I can't seem to face the truth.
And I really don't know what to do.
I'm just a little too not over you.
Not over you, oohh


#words in bold : that's what I'm feeling right now 

Friday, September 7, 2012

Sentuhan Kalbu :D

Assalamualaikum mate! *mentang2 plan nk gi Australia..Apa habaq semua? sihat belaka? setelah sekian lama tak meng'update'blog, akhirnya aku memilih malam yg istimewa ini utk tekan butang 'new post'..

tadi kan, ada malam 'Sentuhan Kalbu'..alaa,program air mata yg selalu sekolah buat utk budak2 PMR ngan SPM..mula2 solat Maghrib,solat hajat,solat Isyak n then Tazkirah..masa tazkirah tu la kitorang kena duduk ngan parent masing2 so aku pon lepak ngan ayah kat belakang..tau tak betapa sayang nya aku kat ayah aku td..aku baru je nak nangis sbb ustaz tu citer pasal pengorbanan mak ayah semua tu,ayah aku boleh gi tanya "kenapa ain nangis"..nampak tak betapa comellnya soalan ayah aku..

last-last aku sedih diam je,takde nak teresak-esak mcm time UPSR dulu..ayah merapu aku pon join merapu..anak beranak sama je..mak aku pon cakap mcm tu...aku perangai sebijik bapak aku..

pastu aku nak citer, ada sorang mamat seberang aku ngan ayah aku td..dah la manyak kachak, dia nangis! dia,mak dia, kakak dia..dia usap2 pipi mak dia,dia cium dahi mak dia..mak dia pon buat camtu kat dia.. mak dia usap kepala dia..serius,terharu gila aku tengok diorang..dia langsung tak malu cium mak dia depan orang ramai! Anak mithali tu! Boleh masuk list calon suami tu! hehehe,jgn mareh..sebak aku tgk diorang..aku terfikir 'untungnya mak dia dapat anak camtu'.sekali lagi, dah lah MANYAK KACHAK! lepas ni konfem aku pandang dia dgn pandangan yg penuh respect..

okayla, nak citer ni je..lepas ni inshaALLAH aku tak bukak blog dah..tunggu habes PMR..doakan aku straight A's eh..Assalamualaikum..

Thursday, August 23, 2012

Alhamdulillah, syukur :D

hehehe

Assalamualaikum,good morning fellow bloggers :D


Waah, lagi berapa hari je dah nak bukak sekolah, means that lagi berapa hari je dah nak trial ke-2?! Gila ah,aku memang tak study la kan..mood raya lagi nii..


okaylah,sebenarnya hari ni cek nak cerita pasai the lesson I've learnt in this past few days which is always be grateful. Well, aku start fikir pasal benda ni bila ramai gila orang bandingkan aku ngan adik aku..benda ni betul-betul affect aku. Aku start rasa bengang ngan semua orang, konfiden level aku menurun and aku start rasa benci ngan adik aku..

aku jadi rendah diri tahapkronik

After a few days of hating people and myself, ALLAH sedarkan diri aku dari semua ni. I started to think about it more wisely. Aku fikir, kalau adik aku lagi bagus dari aku dalam certain things,kenapa aku kena jealous? Aku pun ada keunikan aku sendiri. ALLAH dah bagitau, setiap orang berbeza-beza dalam dunia ni, setiap orang ada kelemahan and kebaikan yang tersendiri..then kenapa aku still tak puas hati? sebagai manusia kita kena la sentiasa bersyukur.. And aku sepatutnya bangga + plus happy untuk adik aku sebab dia dah jumpa talent dia,bukannya benci dia lagi..

terima kasih sebab sedarkan diri aku

kat sini aku nak tunjuk persoalan yg selalu ada dalam otak aku, and maybe jugak dalam otak korang..aku dah jumpa jawapan aku,korang?

1. Kenapa dia cantik aku tak?
   Kau patut bersyukur kau sempurna sifat, takde cacat cela..kau kena ingat "Beauty lies in the eyes            of the beholder", maybe bagi setengah orang kau tak cantik tapi mana tahu nanti kau cantik pada mata suami ;) Lagi satu,biarlah luaran kau tak canti,asalkan hati kau cantik.

2. Kenapa orang lain pandai, aku tak?
   korang sepatutnya bersyukur sebab masih ada akal untuk berfikir..kalau tak pandai, belajar la sampai jadi pandai..kalau tak boleh jugak,janganla putus asa, usaha la cari benda lain yang korang pandai.
    Ayah aku selalu pesan "pandai tak semestinya berjaya, orang berjaya tak semestinya pandai" maksudnya,kalau korang gagal SPM sekalipun, it's not the end of the world..banyak lagi benda lain yang korang boleh buat untuk berjaya..

3. Kenapa parent orang lain okay je? Mak ayah aku je yang over.
     Bersyukur je la kau still ada mak ayah..Diorang over semua tu sebab nak protect anak dia dari perkara-perkara tak elok..MAYBE ada setengah parent yang TERsangatlah over-protective, well tulah betapa besarnya kasih sayang diorang kat korang..korang sebagai anak ikut je la,takyah banyak bunyi..sementara diorang ada kat dunia ni, buatlah apa saja untuk senangkan hati diorang.. Banyak tau pahala orang yang senangkan hati kedua ibu bapa..


Setakat ni je la yang aku nak cerita. Lepas aku fikir balik semua ni baru aku start rasa happy balik, tenang hati and bertambah kesyukuran aku kat Yang Maha Pemurah.. Morals of the story :
1. Sentiasa bersyukur dengan apa yang korang ada.  
2. Selalulah berfikir secara rasional.
3. Always think about the people yang kurang bernasib baik, inshaALLAH korang akan sentiasa rasa syukur .
my Mummy and Daddy, bukannya spoting sangat diorang ni, tapii aku bersyukur dapat diorang :D

Tuesday, May 1, 2012

AWAK

Assalamualaikum,people!

hari ni aku nak post sikit je..

Yesterday I saw you walking with HER :') You look happy with that cute smile of yours..I wanted to say hi...but I'm scared..scared of HER actually,I dunno why...I'm also afraid that I wont be strong enough to hold back my tears...sepanjang  15 tahun saya hidup,AWAK la org first yang buat saya angau..tiba2 semalam saya nampak awak dengan dia,time tu hati terus nyanyi lagu GD, youre my heart,heart,heart,heartbreaker..sedih nya..


sampai sekarang aku emosi terlebih..sape je yg buat salah depan aku habis kena sembur..kenapa dengan aku ni? aku tak suka la jadi camni..


Saturday, April 14, 2012

Annyeonghasaeyo!

Assalamualaikum,peace be upon you citizens of the Earth! *bajet blog worldwide je

hari ni aku just nak story2 pasal sorang budak Korea ni.. nama dia Yeo Jin Goo..tahu tak kenapa aku panggil dia budak instead of mamat or whatever?sebab aku 7 bulan lagi tua dari dia! -eleh,7 bulan jerr- 1st aku tengok dia kat dalam epop..mulamula aku tengok gambar dia,aku mcm 'oh okay la,hensem jugak mamat ni'..sekali aku tengok tarikh lahir dia,mak aihh 13.08.1997! muka macam dah 20 tahun hidup!
muka tua kan?

pastu nak cakap lagi yang bulan nii aku tak sabar gila nak tunggu citer  Rooftop Prince..serious ni la citer korea yang first buat aku gila..mana taknya,bila aku tahu yang citer tu dah nak keluar bulan nii depan ayah aku menjerit..mana pernah aku macam tu..sebelum ni datanglah Shinee,Super Junior ke apa ke,takdenya  aku nak jerit..mesti control ayu macho..tapi yang ni boleh pulak aku gedik.. sebab apa?

1st : kalau korang baca synopsis memang macam interesting sangat..pastu dia citer kelakar tau..cek dah la suka habeh citer romantic comedy..
ni dia punya main cast

2nd : my Micky Park Yoochun jadi hero dalam citer ni..aaaa,bestnya!
sukanya!sukanya!comelnya! *hantu gedik dah merasuk,hehehe

citer ni pasal sorang putera(Yoochun) dari Joseon era which is 'zaman dulu-dulu'  yang travel pergi future,Seoul 2012 so bayangkanlah macam mana..Seoul dah la maju gila kan mesti lawak bila dia cuba fit in dengan zaman sekarang punya style..dia  pergi future sebab nak cari awek/wife dia yang dah mati..bila sampai tahum 2012 dia jupa sorang girl ni yg muka sejibik macam awek/wife dia,so dari situ la kisah nya bermula..

citer ni dah start dah kat internet..aku memang nak tengok tapii internet 'laju' macam ulat bulu so terpaksa la aku tunggu dia air kat SBS..haishh 6 hari lagi..

p/s : aku baru perasan Emanuel ngan Naim kacak plus smart bila pakai uniform Kadet Polis yang full tu,hehehe *bila gatal mula bersuara..

Friday, April 13, 2012

Sahabatku yang terCINTA

Assalamualaikum awak-awak semua! Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia..*najibnajib

aku tengah pening ni fikir pasal sorang kawan aku ni..dah nak dekat 3 hari dia tak bercakap ngan aku..cakap pon nak tak nak je...

mulamula serious tak tahu apa masalah dia..tibatiba taknak cakap ngan aku..aku cakap ngan dia pon buat bodoh je,aku nak salam tangan kau pon kau boleh geleng2 kepala,Ya Allah,sangat terasa..then,bila aku korek2 baru aku tahu tapii bukan dari mulut kau la..kau merajuk rupanya,jealous ye awak?

tapii,pperlu ke sampai tak layan aku langsung? dah la kau tibatiba je taknak cakap ngan aku..ni pun nasib baik  ada orang bagitahu,kalau tak sampai kesudah la aku tak tahu..dude,aku manusia jugak,selalu melakukan kesilapan and time tu la aku perlukan kawan untuk tegur aku,sedarkan aku..aku ni dah la otak senget sikit..kalau kau just berdiam diri macam tu je,aku takkan tahu apa salah aku..

aku tahu kau marah pasal aku tak layan kau satu hari tu kan? tolonglah faham,time tu aku tengah stress gila pasal PLBS BM..kalau ikutkan hati memang aku nak mengamuk time tu,tapii aku sabar je..tapi kau tak faham aku,kau blah macam tu je..aku punya la kabut cari kau,rupa-rupanya kau dah dalam kelas..and boleh pulak bila aku cakap ngan kau,kau buat bodoh macam aku invincible..

lepas aku tahu yg kau terasa sebab aku "abaikan" kau,kau tahu tak apa aku buat?  aku kurangkan berckap dengan dia yg kau jealous tu,aku dah tak bawak bekal and makan time rehat,aku jadi takut nak rapat dengan orang lain,dengan Mieya sekalipun..sebab apa? sebab aku nak jaga hati kau..apa kau balas kat aku?

aku senyum kat kau pagi tadi,kau buat tak tahu..aku cakap ngan kau,kau buat bodoh..lalu depan aku tapi langsung tak pandang aku..entahlah,aku pun tak tahu nak buat dah..aku tahu Nabi marah tak bertegur sapa lebih 3 hari..tapi,entahlah,aku rasa aku dah give up..dah banyak aku try,tapii kau tak nampak..aku buang ego aku sematamata nak pujuk kau,sedih weh kau buat aku camni..aku tak marah kat kau sebab aku tahu aku salah..tapi tu la,aku sedih kau buat aku camni..tahlah,malas nak sambung lagi..

nak  bagitahu,haritu Shafiq bawak laptop..lawa gilaaa,terlopong jap aku tengok laptop dia..

pastu last, nak citer pasal TeddyBear..haritu kan *ehemhem,masuk mood comel plus gedik....TeddyBear kan wears crown made of paper,TeddyBear is a prince...TeddyBear is soooo cute that i want to hug him soooo tightly and cubitcubit his chubby pipi  sampai merah tapiiiii I know,bukan muhrim...haisshh..

Monday, April 2, 2012

No More Heroes

When the waves are crashing down
Pulling you to sorrow
I will sail you back to shore
When there are no more heroes
Over under, near or far
I’ll be right beside you
Standing here with open arms
When there are no more heroes



And through it all
And through it all
When you’re tired and you stumble I will carry you
When starlight falls, my love will guide you home
You’ll never be alone
When there are no more heroes


It was you who showed me how
Brought me back to glory
Through hopelessness and darkest days
It was breath you gave me



And through it all
And through it all
When you’re tired and you stumble I will carry you
When starlight falls, my love will guide you home
You’ll never be alone
When there are no more heroes
When there are no more heroes

*sedang memikirkan geng2 semua

Sentiasa di Sisi

Assalamualaikum ,awakawak semua..lama kita tak update blog kan? cik ecah kita dah bising kata kita malas update..
tibatiba tadi balik sekolah terasa nak update blog pulak..bukan nya apa,nak melepaskan segala stress kat dalam otak..aku tak tahu kenapa,sejak menjak ni aku asyik stress je..PMR la katakan..

tau tak tadi aku terlalu stress sampai nak nangis..time tu la baru nak ingat Allah,baru pandai nak sebut nama Allah..sebelum ni? lupa?lepas dah mengadu mcm2 kat Sang Pencipta td,aku tiba2 ingat aina pulak...so aku buat la apa yang aina selalu buat .. letak tangan kat dada pastu  cakap sorang2 "ain,you'll be fine..everything will be alright"

Allah Maha Mendengar

sebenarnyakan bila kita cakap sorang2 masih ada yang mendengar..setiap apa yang kita  membebel sorang2 ke,masih ada yang mendengar which is Allah s.w.t.. even bila kita cakap dalam hati sekalipun Dia akan dengar..sebab tu la bila kita rasa lonely ke,takde sape nak layan kita ke..kita kena ingat masih ada yang menemani korang dengan penuh setia..
oh and jangan la pulak bila Dia uji sikit korang dah meradang,takleh terima kenyataan la apela..macam yang kita semua tahu "setiap yang berlaku ada hikmahnya"..mungkin Dia uji kita camtu supaya kita boleh jadi lebih kuat,tabah or mungkin kita diuji utk menyedarkan diri kita daripada kelalaian..so tak payah la kita nak buruk sangka dengan Allah..think positive dude..


so last,selalu lah berdoa eh..inshaALLAH akan dimakbulkan..kalau bukan sekarang pon mungkin lain kali Allah makbulkan,mungkin jugak time akhirat  nanti baru dimakbulkan,kita tak tahu tu..tapi apa yang kita tahu  is Allah sedang mendengar doa kita..even doa tu tak dimakbulkan pon Dia maasih mendengar.InshaALLAH..



sebenarnya dapat semua isi kat atas ni masa tengah nangis tadi..hhehehe..Alhamdulillah dapat ilham nak tulis peringatan..

Wednesday, March 7, 2012

The Moral of The Story

Assalamualaikum awak-awak semua,amacam hidup korang hari ni?  okay tak?

Aku hari ni kurang okay laa..hari ni sebenarnya aku ada exam..ujian bulanan je kot..suppose to be senang la..well,memang senang la soalan dia tadi..tapiii,aku ni haa yang gedik.over-confident pergi study last minute...haiyoo,masuk tu memang la,tapi dalam 20 % je  la  kann..

pastu tadi bila exam nak start  baru tahu padahnya..baru teringat pasal formula Circles,Polygons bagai.. tadi Math aku memang hancur gila la kan..soalan semua ada 30..ada dalam 10 soalan pasal Circles..hamek,semua aku takleh jawab..motif? sebab tak ingat formula semua tu..

then masuk pulak kertas agama..1st page confident je jawab kan..pg 2,eh2 dia tanya pasal rasul la..aku dah hafal gilagila ni..tinggal dulu..dah siap jawab tang lain,aku jawab la yang pasal rasul tu..
okay 1st,sifat wajib rasul,SIDIQ,TABLIGH,FATANAH,AMANAH..okay settle..sifat mustahil pulak,KHIZBUN (dusta),KHIANAT,BALADAH pastu,pastu,pastu.....hah,time tu la aku start ah,ih,eh nak cari perkataan yang lagi satu tu..serious rasa bengang gila..elok waktu rehat,time tugas tadi aku hafal benda tu, boleh pulak lupa..and masa pulak sedang berjalan..memang tak panik ponn..

sebenarnya jawapan dia senang je..perkataan tu lawan dengan TABLIGH (menyampaikan) so jawapan dia is KITMAN (menyembunyikan)..kalau aku tulis menyembunyikan pon dah dapat markah..aku tulis apa tau tadi,'tidak menyampaikan'..berdoa je la ustazah terima jawapan tu..

lepas habis je exam Agama tadi,bergenang air mata,frust punya pasal..pastu hati yang tak beriman ni pon kata "kenapa? macam mana? kenapa aku boleh lupa"..padahal tu pengajaran Allah SWT nak tunjuk natijah daripada study last minute..bila dah lama sikit baru nak sstart istighfar..baru start fikir "maybe ni la benda yg aku kena amik pengajaran,pasni jangan study last minute"..
so,sekarang ni aku dah nak study last minute dah..tunggu la nanti mid year exam bulan 5 gila2 aku buat..no more  last minute study! *ceh,padahal skang ni depan komputer lagi..
mulakan segalanya dengan Bismillah dan Senyuman...

Sunday, February 26, 2012

Setelah Hampir Setahun

Assalamualaikum,korang sihat? lama tak update blog..almaklum,budak PMR..

Macam yang korang tahu, kan aku ada suka kat sorang brader ni...aku suka dia nak dekat setahun dah...FYI dia la orang yang first buat aku angau tahap gila..setiap masa ingat kat dia..ada sekali tu rindu sangat nak tengok muka dia sampai menangis..kira hebat la dia sampai boleh buat aku nangis just because aku tak dapat tengok muka dia..

And hari ni aku hampir nangis lagi..sebab dia..tapi aku tahan dengan cara menumbuk almari sekuat hati..hehehe, kesian almari,bergegar dia..citer dia camni...tadi aku 'stalk' la FB dia (creepy kan aku stalk fb orang)..dalam hati kata nak add dia..yela dah nak dekat setahun usha fb dia tak pernah nak add,bukan nya apa,MALU..sebelum aku tekan butang Add Friend tu aku tengok la wall dia dulu...sekali ada sorang cikaro 'wanita' ni post kat wall dia "bie,walling la,baru nak topup"..aku scroll lagi ke bawah,aku jumpa "sayang : D" , "i miss you"..mulamula aku ingat 'wanita' ni syok sendiri tapi dia   balas yang1st tu "alang2 tu topupkan la untuk bie sekali"..time tu aku boleh rasa hati aku ni macam hancur..

time tu aku rasa macam dia buat camni kat aku padahal dia tak tahu pun aku suka dia..FYI dia baik tau..semua ni berlaku sebab aku yang gedik ok?hehehe,sian dia..bunyi macam dia pulak yang jahat..

tahu tak  apa reaksi aku bila tengok makwe dia? aku cakap camni "bapak la,dah la tak pakai tudung,gedik lagi" aku ni bukannya anti perempuan freehair..cuma aku terkejut laa sebab makwe dia tak pakai tudung plus gedik  sebab dia ni sama macam aku,ANAK USTAZ..lepas beberapa minit tu baru la aku start fikir balik..maybe perempuan tu baik ke mana kita tahu kan..

 
so sekarang ni hati aku tengah mula renovate balik..tampal balik bahagian2 yang hancur,hehehe..Peah jaga baik baik Kisut kau tu..hehehe,muka dia dengan 'dia' aku nak dekat sama..hehehe,tengah nakal ni.. takdelah mainmain je,Farah jangan bising pulak ye..okay la nak citer tu je...jumpa lagi lain kali,Peace out..

- The best way to mend a broken heart is time and girlfriends.  ~Gwyneth Paltrow

so, Aisyah,Afiah,Farah,Hero,Shabby,Mieya,Peanut,Fatin,Aina,Seri,Dayah,and all Bestarians,help me with this okay..help me forget..

Setelah Hampir Setahun Menyukai,Akhirnya Aku Berhenti...
Goodbye AWAK! Dont make me fall for you again!

 
motif letak gambar anime kacak? hehehe,sebab muka dia menggambarkan perasaan aku sekarang..
sedih,kecewa, hancur,ras ditinggalkan and a little ngantuk,hehehe..

Sunday, January 29, 2012

Westlife - Safe


serius suka gila lagu ni..lyrics dia best sangat..

Selepas Seminggu Bercuti~~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..
hari ni kita mulakan berita dengan cerita panas yang tak berapa nak hangat. Bagi aku hangat la sebab aku suka Westlife. korang aku tak tahu. okayy sambung berita..

hari ni dapat tahu yang Mark Feehily of Westlife putus tunang. Alhamdulillah,Ya Allah,syukur..
awww,our mark is single now..gambarlama,aku tahu,whatever

kalau korang tak tahu mesti korang kata aku ni tak baik kan sebab suka bila dia putus tunang..mesti korang rasa "kesiannya dia,tak baik betul anak midon ni,alolo sian dia kehilangan tunang tersayang" pfftt,itu semua bullshit! -tertiru ayat Mr.K sudah-
nak tahu sebab apa aku bersyukur? sebab tunang dia tu LELAKI..yes lelaki..gay guy..namja..makhluk kaki dua yang sepupu dengan buaya..LELAKI!

ada gambar yang lagi panas tapi nanti takut korang gedik la pulak,hehehe

seriously aku tak paham macam mana dia boleh suka kat mamat ni..apa yang dia ada yang kau takde?! ha,kan terlebih sudah..papepon memang bersyukur gila la dorang ni putus tunang..kalau tak setiap kali dengar mark's golden voice mesti teringat kat si Kevin ni..setiap kali tu jugak la aku akan cakap sorang2 "why mark? why?!!" -yeakuwanitayangsukacakapsorangsorang-

tahu tak hari tu aku dengar lagu Flying Without Wings yang live punya,bergenang air mata bhaii..time tu dah la tengah buat homework,boleh pulak nangis sorangsorang..ye la tibatiba teringat Westlife cakap yang diorang maybe akan berpecah tahun ni..sedih weh,mana taknya membesar dengan lagu Westlife. Masa Brian keluar Westlife nangis,aku pon nangis..lagu dorang hampir semua aku hafal..ha,ha emosi sedih dah datang. nak nangis!

okay la tu je aku nak cakap..tibatiba teringat Westlife tadi..homework tak siap lagi nih..esok sekolah..bagos kan budak Mutiara PMR ni? rajin sangat..

Friday, January 20, 2012

PMR 2012..

Assalamualaikum semua? apa habaq? lama cek tak post kat blog ni..asyik dok pesbukk ja..*okay,aku gila..

nak cakap 4 hari lepas hari jadi aku..Alhamdulillah dah 15 tahun aku hidup kat dunia yang serba indah ini..chewah ayat,agakagak boleh tak nak jadi editor Gen-Q? hehehe,asal Micky happy sangat nih? korang tak nak tanya ke? tanya la cepat..aku tunggu tau..
 
 
-
 
-
-

-

-

-

-

-

-
okay,aku dah gila cakap sorangsorang..sebenarnya semalam.....eh malu la nak cite..nanti korang kata anak pak cik midon ni gedik pulak..tapi takpe la..segedikgedik aku gedik lagi korang kan..hehehe,jangan marah,gurauan sematamata..macam ni,semalam ayah aku lambat amik adik aku..sebab jam*jalan sesak..so ayah aku suruh la Pak Cik I_ _ _s amik..pastupastupastupastupastupastupastupastu dia bawak tuuuuuutttttt sekali..tapi sayang aku tak dapat tengok..adik aku kata dia botak...almaklumlah PLKN..okayla tak nak citer panjang2 pasal dia , mau gila aku nanti..

eh,eh tahun ni PMR la..uuuuiiihh dah besar dah anak Midon ni..lagi 3 tahun dah boleh kahwin dah..errr,maksud aku...takde pape lah..tahu tak aku dapat yang Mutiara PMR bagai tu..yang cikgu target dapat straight A's tu..fullamak stress do,stress..wa dah la tak yakin dengan diri wa..memang terbaikk la kan..tapi takpe la,inshaALLAH wa belajar sungguh2 biar tersampei hajat cikgu nak tengok aku 8A..Aamin..

tahu tak kalu dapat 8A apa aku dapat? IIUM Holdings bagi 350 hinggit tu..duit tu mulamula aku nak beli buku The Chronicles of Nick Gautier : Invincible..harga dia 60RM..tak paham aku yang Infinity murah je,mai kat Invincible tercekik aku tengok..maklumlah aku ni bukannya berduit sangat..pastu aku kalau boleh nak beli kasut Crocs yang jenis sneakers tu,warna merah,tapiii rasa macam mahal sangat la..250 fulus..mampu ke? macam tak mampu je..

okay la semua ni anganangan je kan..doadoakan la cek dapat 8A..tapi bak kata Aisyah Baro, JANGAN NAK BERANGAN LAA kalau malas belajar kan??