Saturday, August 20, 2011

Ramadhan + Syawal

Assalamualaikum,
tadi tengahtengah berFB,tibatiba aku terfikir,sekejap je masa berlalu..sekarang ni dah masuk ramadhan yang ke-21,tinggal lagi 9 hari..kita sebagai umat islam perlu bersedih ke bergembira?

pada bulan Ramadhan,suasana di dalam kubur tenang..mayatmayat tidak diseksa selama sebulan..ini merupakan satu nikmat bagi mereka..but bagi orang kita? ramadhan ni bulan yang sangat menyeksakan,takleh makan,takleh minum,kena kawal nafsu,tarawikh n macammacam lagi..sampaikan hari tu Ustaz cerita dia terdengar ada seorang pakcik tua ni cakap 'alamak,esok dah start puasa,dah masuk bulan Ramadhan haram jadah..Astaghfirullahalazim..sebab tu bila hari raya,kita bergembira mayat menangis...operasi penyeksaan bermula semula,sebab tu kita jangan gembira sangat hari raya,fikir orang yang dah takde..

haritu ada beli majalah SOLUSI,tajuk dia 'ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR,LAYAKKAH KITA UNTUK BERAYA?' cuba kalau kita tahu yang kita akan mati pada tahun ni,and kita takkan jumpa lagi Ramadhan tahun depan,aku jamin kita takkan berani nak beraya,so korang semua cuba stop sekejap fikir pasal raya,fikirkan berapa banyak amal ibadah yang kita dah buat sepanjang Ramadhan? cukup ke untuk tampung segala dosa yang kita buat sepanjang kita hidup? sekarang ni dah masuk sepuluh malam terakhir..samasama la rebut peluang untuk beribadah kepada ALLAH tanpa gangguan sesiapa pada waktu malam,samasama la kita mencari malam LAILATUL QADAR yang pahala nya lebih daripada beribadah selama 1000 bulan..

dalam bulan Ramadhan ni jugak ada dua orang kawan aku yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci.. LUCKY kan? agaknya aku bila la nak gi sana? teringin gila..okayla,aku harap post aku kali ni dpat bagi manfaat untuk korang yang membaca..banyak la kumpul pahala dalam bulan mulia ni..semoga readers blog aku ni menjadi salah seorang hamba ALLAH yang berpeluang bertemu dengan malam LAILATUL QADAR..last but not least,Happy Eid Mubaraq to all muslims..



mari lah kita saling bermaafan di bulan syawal yang bakal tiba..sekiranya ada yang berasa tidak puas hati dengan aku,cakap je,inshaALLAH aku akan terima and aku nak minta maaf sangatsangat kalau ada salah dan silap,tersakitkan hati korang ke,aku minta maaf sesangat

No comments:

Post a Comment