Friday, August 26, 2011

Kahwin :D

Assalamualaikum,

hai semua,apa habaq? sempena syawal yang bakal tiba ni aku nak mintak maaf sesangat kalau mulut aku ni terBIADAP kat blog vip ni..kalau ada yang terasa or tersentap ke dengan penulisan aku,aku mintak maaf bebanyak dari hujung rambut sampai hujung kaki..selamat hari raya!

haha,tajuk post ni macam gedik je kan,haha,takde lah..hari ni aku nak cakap pasal perkahwinan orang melayu.. yes! i'm 14 and i'm going to talk bout wedding and marriage,MUAHAHA..

1st sekalikan aku nak cakap pasal hantaran..aku pelik betul kenapa family perempuan selalu mintak hantaran yang tinggitinggi? kadangkadang sampai RMlapanratusribulapanpuluhlapanringgitlapanpuluhlapansen! bapak la..bagus sangat la sampai nak mintak banyakbanyak camtu..anak anda hot sangat la? patut la sekarang ramai anakanakdara yang dah tak berapa nak dara,pakwe dorang mintak secara halal,anda mintak banyak dorang buat la secara haram,free of charge! ya ALLAH janganla aku tergolong dalam ni..bapak aku senang je, "anakanak ayah senang je,takyah mahalmahal,kalau lelaki tu hafal surah al-Baqarah,ayah approve,settle"..
lagi satu,nanti suami tu yang tanggung dosa anakanak anda,sepatutnya anda berterima kasih bukan nya mintak dia bayaran.."i invest in my marriage,not in my wedding"dipetik dari fb TheOtherKhairul
its not about the money

then,pasal majlis persandingan tu pulak..ya ALLAH punyalah grand,kalah siti nurhalija..kalau boleh 3hari 3malam nak buat wedding..pastu trend sekarang mesti ada satu time tu bride tu tukartukar baju..1malaysia la kononnya..sekejap ceongsam,pastu sari,after kimono and macammcam lagi..kalau benda tu menutup aurat takpelah jugak,ni terbelah sana,terbelah sini..bukan suami yang usha,orang lain yang usha Astaghfirullahalazim. nak yang lagi teruk,ada yang pakai sleeveless gown,terbelah sampai atas..bajet minah saleh la..si suami tu pun senyap je bini pakai camtu..ada sekali tu aku tengok satu wedding ni,aku rasa cam suka sangat..bride dia pakai baju jubah kahwin,warna oren,tudung labuh..cantik je aku tengok,takde nampak sikit pun lekuklekuk body dia..makeup pon biasabiasa je..so kesimpulannya takyah la over sangat bila makeup,buruk tahu..
cantik tak i? hahaha

last sekali aku nak cakap pasal benda paling aku benci sekali bila pergi wedding..KARAOKAE..argghh tertekan aku kalau pergi wedding yang menyediakan khidmat memanggil hujan ni..kalau la suara anda sedap macam David Archuleta ke,K.Will ke,takpe la jugak..ni idak,suara macam,entahlah,aku pun tak tahu nak cakap macam mana,kang terLANCANG pulak..sampai kadangkadang ada pakcikpakcik yang dah bertongkat pun ikut sekali join..Aiyoyo pakcik,rumah kata pi,kubur kata mai..insafinsaf la..

money cant buy you happiness okayy..kalau anda kata "dia satusatunya anak aku,aku nak wedding ni jadi hari yang paling bahagia dalam hidup dia",takyah la wahai anda..kita semua tahu ALLAH tak suka orang yang  riak dan suka membazir..kita tak tahu,mungkin ALLAH tak redha dengan perkahwinan kerana terlalu membazir dan menunjuknunjuk..Perkahwinan itu satu ibadah so kita buat yang wajib dalam islam je la..bersanding semua tu adat je,kalau nak buat jugak,boleh tapi jangan sampai berlebihan dan riak..cuba lakukannya dengan penuh bersederhana dan tak melanggar syarak,inshaALLAH setiap hari,sepanjang perkahwinan anakanak anda akan jadi harihari yang paling bahagia sepanjang hayat dorang..inshaALLAH..

semua ni dikarang oleh saya yang berusia 14 tahun,otak ribena...so kalau ada terkasar,tersalah or apaapa je harap dimaafkan dan ditegur..kita sesama manusia perlu lah saling menegur kan? Annyeong! =D

No comments:

Post a Comment